Monday, March 14, 2011

Ummi dan walid demam..baru beransur pulih...

Hari ini puasa Isnin walaupun yg tinggal di asrama ni hanya sepuluh orang saja..Ati, Imah, Hakim dan Anas satu keluarga. Jamal, Udin, Amin dan Fikah satu keluarga dan Iwan dg Ikin..sau keluarga..
Pagi ni walid dan ummi ke Hospital Kuala Kangsar untuk check darah dikesempatan cuti sekolah ni. Memang ini dikira jadi rutin dua atau tiga bulan sekali, kenapa di Kuala Kangsar? Sebab dibahagian Patologi tu ada kawan yang senang berurusan, nak pergi tu hanya telefon saja sebelah petang atau malam utk bertanya kerja atau tidak esok lepas tu dia akan bagitau kena puasa dll...yg special lagi boleh dapat keputusan beberapa jam selepas tu..
Oleh kerana budak2 tak ramai... petang ni dibenarkan mereka pergi ke pasar malam masjid Tambun..bagi sorang 10rm...pakat beli sakan ditemani abd Kamarul...dari sini kita boleh nilai keperibadian anak2 yg kita bela ni..siapa yg boros siapa yg berjimat siapa yg berbudi bahasa dan siapa yg penting diri sendiri...
Beberapa minit sebelum berbuka ummi panggil walid berbuka bersama anak2 ni melepaskan hajat mereka..Kamarul  belikan utk kami  laksam...rupanya Jamal belikan utk ummi laksa, Udin belikan kat ummi jagung bakar, Amin belikan air kelapa dan Fikah pun belikan jagung bakar juga utk ummi. Iwan dan Ikin berkongsi belikan kueh limas utk ummi....


Gambar MELUR 
amin pengerusi
aizat quran pembukaan majlis
iwan bercerita
atikah berpantun
udin syarahan
tipah pantun
hakim sajak
anas syair